Senja tadi aku berteman,
Sebatang joran buat aku senang,
Ku gilap bersih sedia hadapi,
Saat gentir,
Dalam perkahwinan.
Usah kau risau perjalanan ini,
Dalam cinta juga ada benci,
Itu perlu kita akui,
Bukan sentiasa langit memberi seri,
Kala mendung di waktu pagi,
Terus hati lontar harapan,
Esok petang,
Boleh lagi kita pergi.
Di tepi pantai aku berpuisi,
Sambil menanti sentapan putih,
Datang yang merah aku suka sekali,
Gigi tenggiri boleh mengguris jari,
Silap berkata,
Susah ditebus kembali.
Setelah lama kami mencari,
Di sini aku kata berhenti…
Aku putuskan untuk bertunang,
Oktober nanti pada harijadimu,
Sini sayang,
Duduk diam di situ,
Ayah mahu lontar semula,
Ayah mahu kahwin kembali.
No comments:
Post a Comment