Saturday, March 3, 2012

JERITAN SATU NAGA

JERITAN SATU NAGA

Beban berat ku pikul di belakang,
Ku bawa melangkah ke hari baru,
Tapi terfikir buat apa...
Kalau hidup kita boleh berubah,
Dari kurang baik kepada yang lebih baik.

Sejenak mata hati terloncat,
Bila terdengar jeritan satu suara,
Tinggalkan dahulu!!!
Beri ruang kepada dirimu,
Untuk meneruskan laungan dari hati,
Biar ku pecut sekali ini,
Mari aku lihat apa yang terburuk akan jadi...

Sekian lama naga bersepi,
Namun terbangun kerana jeritan itu,
Menyala api berbebola pasti,
Ku lancarkan ke udara biar hati berpuas hati.

Biar gelora terhenti seminit,
Beri ruang kepada hatiku,
Dia tahu aku sedang marah,
Marah seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment