Pertama temu,
Hampir ku lupa namamu,
Kau tengok aku,
Namun tak tertahan mata bertentang mata,
Kau lalu dan terus berlalu.
Kita beranikan diri untuk bertemu,
Walau hanya pada garis yang tak jauh,
Cukup sampai di situ,
Kerana ku tahu,
Itu sudah buatku rindu.
Esok lagi pasti bertemu,
Sudah ku beritahu jarimu akan ku sentuh,
Bukan kerana yang itu,
Tapi kerana aliran rinduku,
Ku serahkan kepadamu,
Serahkan jua rindumu padaku.
Berdebar jantung,
Dalam sungguh perasa,
Hangat cinta di pertemuan awal,
Sangat ku harapkan manis sampai ke akhir waktu.
Lain hari akan ku kucup matamu…
Setinggi indah janjiku padamu,
Tidak berguna jika kau tidak menunggu,
Tunggu gadisku,
Jangan kahwin dulu.
Love is warm when it is new,
And love is sweet when it is true...
To be continue.
No comments:
Post a Comment