Saturday, March 3, 2012

GELORA SANUBARI

Selisih tadi kita di laluan itu,
Tersentak jantungku melihat kau tersenyum,
Teringat kembali puisi gadis berpayung merah…

Hehehe…tersenyum aku ingat kembali,
Seperti terlintas dengan seorang ratu,
Ratuku kembali,
Wajah berseri bersama teman,
Gurau tawa aku terintai…

Aduh hati berdebar rasa,
Adakah aku telah jatuh hati,
Begitu mudah...
Ku berpaling,
Setelah jarak semakin bermeter,
Minyak wangimu harum bergelora rasa,
Rasa ingin memeluk dirimu,
Kalau boleh mahu dicuit pipimu…
Dan cium dahimu.

Hehehehe…aku tunggu,
Aku berpaling sekali lagi,
Ku lihat,
Adakah gadis baju kelabu dan tas merah jambu,
Akan berpaling jua,
Kalau menoleh,
Sah…
Dalam hatimu,
Tentu kau berkata…
Wah… manis senyumnya seperti Prince Charming.

Selamat datang ke dunia sang raja…
Kau sentuh hatiku dan kau buat aku ingin bersuara,
Dengan debaran dan gelora dalam sanubari.

No comments:

Post a Comment