Rasa sayang terasa dalam,
Bila bayangan dikejar kesakitan,
Bila harapan ternyata hilang,
Segala cinta…
Terlihat noktah penamat,
Di dunia,
Itu di dunia…
Tak akan hilang jodoh pertemuan,
Jika takdir telah menentukan,
Semua rintangan kita hadapi bersama,
Yang pergi tak akan kembali,
Yang tinggal teruskan kehidupan.
Andai nanti ditakdirkan jua,
Kau dan aku bertemu di syurga,
Senyumlah padaku,
Katakan…
Aku masih seperti dahulu,
Sayang padamu,
Selalu mahu bersamamu.
Jika hidup diulang kedua,
Ku mahu dijadikan pohon,
Agar kekal di sana untuk selamanya,
Tapi,
Adakah pohon yang kekal begitu…
Tiada yang kekal,
Hanya tanah hasil debuan cinta.
Mari kita jadi udara,
Memberi peluang kepada semua.
Ternyata kita mahu bersama dengan apa jua sekalipun,
Tak tahu tergapai,
Dalam kejadian,
Alam fana cinta ini..
No comments:
Post a Comment