Berkumandang bunyi loceng di udara,
Sayu telinga aku mendengar,
Ku duduk seorang,
Di perhentian kereta api…
Seorang,
Sepi tanpa jasadmu.
Segala masa aku lalui dengan memori,
Suatu ketika itu,
Kita duduk berdua bersukacita,
Lihat mataku,
Jelas terserlah kosong hatiku,
Kerana…
Separuh jiwaku kau bawa pergi,
Separuh lagi ku serah,
Kepada Tuhan.
Kasih terjalin mesra begitu,
Di saat cinta mula ke puncak,
Tsunami sedih berguguran keegoan,
Seorang insan yang hanya manusia,
Berkecai,
Di simpangan jalan,
Hati digilis sembilu cuka.
Hingga hilang sauna mentari,
Datang embun menggigil tulang,
Dari bermula hingga akhir nanti,
Ku kuatkan hati meneruskan hari,
Hidup atau mati,
Belum ku tahu lagi…
Kosong jalan kereta api,
Tempat menunggu tiada penghuni,
Ku seret langkah satu persatu,
Ku tuju,
Ke pintu syurga.
Hitam dan putih semacam mimpi,
Kematian,
Ibu segala keseksaan... membawa kehampaan,
Bagi aku...
Suatu pengampunan dan permulaan,
Bagi kau manusia.
No comments:
Post a Comment