BILA CINTA BERKATA
Kalau kau mahu tahu,
Ini hatiku sedang berkata...
Apabila namamu bermain di fikiranku,
Seluruh hariku ada bersamamu,
Dari suka dan juga duka dari pagi ke tutup mata.
Aku tak pasti kenapa...
Aku tahu tapi aku tak pasti,
Tidak ku mahu kecewa lagi,
Tidak ku mahu menempuh lagi,
Kisah cinta yang penuh misteri.
Hendak ku kata walau pernah ku kata,
Kau sentiasa di hatiku,
Walau tidak aku bersama diri itu,
Walau tidak aku berhubung denganmu.
Bukan itu ukuran cinta yang aku tahu,
Kerana cinta ada hanya di hatiku...
Hatiku tapi tidak ku tahu hatimu bagaimana.
Kalau boleh aku menjerit,
Akan ku jerit sekuat guruh di angkasa,
Aku sayang padamu!!!
Indah dikata jua didengar,
Untuk disegarkan begitu payah sekali,
Pasti ada sahaja peristiwa yang menghantui,
Bagai bandar dilanda tsunami,
Kenapa masih perlu dibangunkan?
Kenapa?
Kata dia walau bandar tetap membangun,
Badai pasti akan menyusul jua...
Mari kita lalui...
Mari kita hadapi dugaan itu...
Kalau hidup ini kita bersama,
Kita bersama walau apapun yang terjad
No comments:
Post a Comment