Suatu ilham datang ke mindaku,
Kronologi sekeping hati…
Kupasan berpadu putera kasanova.
Hatinya berkata,
Sayang itu seperti sayang kepada ibu,
Sayang kepada keluarga,
Sayang juga kepada teman,
Sayang ke atas seluruh alam.
Begitulah mudah untuk hatinya berkata sayang,
Lantas berkata, ‘Aku sayang padamu.’
Kata indah bukan sekelip mata,
Dihayati bersama perjalanan yang lama,
Dalam perjalanan tentu ada pengalaman,
Pengalaman dihayati jadi pengetahuan,
Kata biasa bercantum indah,
Boleh jadi kata berjampi.
Silap mengerti kau jatuh hati,
Sudah jatuh kau mungkin disakiti,
Memang niatnya bukan untuk berperang,
Namun hati amat mudah dilukai.
Hatinya berkata,
Cinta itu hawa bernafsu,
Ada sejak Adam dan Hawa,
Siapa sangkal jangan ada hidup di dunia,
Nafsu ada di mana jua.
Bila cinta bertemu cinta,
Cinta pula tidak difahami,
Cinta disalaherti,
Maka lahir seorang bayi hasil cinta yang mereka tahu.
Kasanova,
Hidupnya dipenuhi rasa,
Sayang mula akhirnya cinta…
Bila cinta wujud cemburu,
Cemburu boleh menumbangkan rasa.
Di sini sayang dan di situ cinta,
Ku pilih kasih yang sentiasa mengerti,
Antara kasih, iman dan harapan…
Kasih yang paling terutama,
Ia boleh meredakan perang,
Juga boleh membelah lautan…
Kasih tidak cemburu,
Tidak sombong,
Bukan pemarah.
Ia menutupi percaya segala sesuatu.
Hatinya berkata,
Dia sedang hayati erti kasih...
Kasih itu ada sebelum dunia tercipta.
Terserahlah yang punya diri,
Jagalah hati sendiri,
Kerana hati hak mutlak peribadi…
Sehingga masa berkongsi kasih di hati.
No comments:
Post a Comment