Saturday, March 3, 2012

KEINDAHAN

KEINDAHAN

Diriku tidak semulia sesiapa,
Semacam tak percaya hidup bagai tak berpunya,
Bolehkah rasa ini ditindih indah…
Oleh suatu kebahagiaan.

Haruskah ku teruskan walau ku tahu,
Mengapa mimpi tidak seindah realiti...
Kadang mimpi indah penuh misteri.
Kekal abadi,
Mahu sahaja ku takluk semua itu.
Sepi pun berkata...
Boleh semestinya boleh,
Aku akan selalu bersamamu.
Pernahkah kau rasa sepi ini indah,
Rasakan…

Biarkan dunia kejam hancurkan mimpi indah...
Huurrmmm...
Mengeluh ku sendiri,
Di ruang persegi ini…
Maafkan aku untuk sekali ini,
Aku janjikan kau bahagia,
Seluruh jiwaku,
Merayu padamu,
Beriku peluang untuk kembali…
Ya,
Aku setuju selamanya bersamamu,
Hati dan diriku sendiri.

Keindahan ini seperti berjalan di alam mimpi,
Sekelip mata semua jadi tak kena,
Ku buka mata ku kata dalam ketandusan nyawa,
Itu hanya mimpi.


No comments:

Post a Comment