Saturday, March 3, 2012

SEINDAH LAUTAN I

SEINDAH LAUTAN I

Berdiri pegun menanti kedatangan,
Nun jauh di hadapan ada syurga impian,
Hembusan sang bayu berlagu di jiwaku,
Indahnya hidupku,
Kerana kamu…

Aku mendayung perlahan ke sana,
Mengenang diri cermin kehidupan,
Datang monsun timur tenggara,
Tenang laut tenang hati pemandang.

Adakala,
Monsun bergelora seperti mahu memusnahkan alam,
Seperti mahu menghancurkan impian.

Hari berlalu,
Ku tetap menunggu hari bersamamu…
Hidup indah seindah lautan.

Bila,
Hidup seksa setinggi mata memandang,
Kecil ku terasa di dalam perahu ini,
Bila datang tinggi menjulang awan,
Ku pejam mata,
Di hati mengutip sisa ketabahan.

Syukur aku bertahan,
Air mata sangat mudah berlinangan,
Setiba nanti di pinggir pelabuhan,
Akan ku kenang alunan semalam,
Kata cinta,
Lautan api sanggup ku renang,
Kata aku,
Naga berapi ku jinakkan dengan senyuman,
Bersama kupang,
Tetap anggun walau hati telah ditelan.


No comments:

Post a Comment