BIARKU PERGI
Kembang pagi ku harap mekar sepanjang malam,
Tapi tidak…
Tidak semua impian akan dikabuli,
Kena juga usaha disusuli,
Bersama keringat darah merah membara.
Setelah sehari di sabtu ini aku berhempas,
Dengan halangan dugaan penuh cabaran,
Hidup ku teruskan,
Tanpa mahu menoleh lagi,
Yang sudah itu sudah,
Ku harap semuanya akan beransur pulih.
Janji diri ku panji agar menjadi,
Harum puteri hilang bersama waktu,
Merah hati pudar didalangi mimpi,
Terus dan terus aku memutar lagu,
Untuk hibur diri sendiri,
Bagi ubati luka akibat duri.
Ku bebaskan diri tinggi di awan,
Ku lihat bumi dengan penuh empati,
Itu perkara kecil,
Tak mungkin aku perlu sesali,
Esok pagi berembun lagi,
Akan ku semai kasih yang abadi,
Lepaskan ku pergi biarkan ku pergi,
Datang lagi itu ku fikir nanti.
No comments:
Post a Comment