Sayu terasa ingat namamu,
Lagi pilu bila terlihat gambarmu,
Terhenti masa dan kaku diriku,
Melihat itu,
Suatu ketika dahulu…
Indah alam tidak terkata,
Terasa rohani aku melayang,
Darah gemuruh ketika itu,
Kau dan aku kini dilamun rindu.
Kini…
Bukan seperti dahulu lagi,
Kau di sana aku bagai pungguk berhenti,
Melihat sisa waktu yang bakal ku lalui,
Tanpamu seperti dahulu,
Itu dahulu,
Kini lebih bahagia,
Walau sememangnya bukan seperti yang kita mahu.
Memori selalu ku ucapkan,
Ada sesuatu yang buat aku terlupa,
Ku ingin melupakanmu, tapi…
Bukankah itu tidak boleh,
Ku mahu seperti pepatah,
Bila ada baju yang baharu,
Baju lama jangan dibuang…
Biar lawan jadi teman,
Kau baling batu akan ku baling engkau roti.
No comments:
Post a Comment