Saturday, March 3, 2012

TINGGAL NOTA DI PETI SEJUK

TINGGAL NOTA DI PETI SEJUK

Semalam tidak lena aku bermimpi,
Serabut minda ingat kau seorang,
Jauh dari diriku,
Tapi hati seperti di sampingku.

Ku petik kata dari alam maya,
Niat di hati menggembirakan hatimu,
Untuk kau berwajah senyum,
Senyum yang selalu kau beri padaku,
Hanya di masa gembiramu,
Walau kadang senyum kau paksa demi cinta itu…

Ku tahu,
Walau ada ku tinggal nota di sana,
Sekecil hatiku yang penuh riak wajahmu,
Ku suratkan ayat penuh erti…
Tadi, aku rindu padamu.

Sekarang aku jalani hidup di muka bumi,
Kerana untuk tanggungjawab bertempoh,
Kalau nanti ku pulang kembali,
Ku harapkan kau telah baca dan mengerti…

Walau hanya tinggal,
Tinggal nota di peti sejuk…
Seperti kenari basah menyepi.

No comments:

Post a Comment