HATI MAHU MENAFIKAN
Maafkan aku jika bertanya begitu,
Bukan niat hendak buat dirimu gundah,
Aku tahu sangat mendalam,
Adakah kita sedang bercinta…
Aku tak tahu jawab yang betul,
Aku tertanya kerana hati,
Hati rasa seperti bercinta,
Namun hati mahu menafikan,
Kata teman,
Hati tidak boleh berbohong.
Keliru di antara,
Biru lautan dan biru di awan,
Putih berawan terpantul di lautan,
Kolam oasis di padang sahara,
Berlari laju kecewa menanti,
Hanya pantulan bias awan yang hangat,
Antara udara dan debu-debuan.
Ku selami sedih kejut hatimu,
Aku tertanya,
Engkau kenapa…
Menangis hiba seperti ada terbuku,
Mahu diluah tapi tersekat,
Di tengah dada.
Sesak nafas,
Untuk mengatakan sayang…
Sebak di dada,
Untuk mengatakan sayang…
Hati mahu menafikan,
Andai kau tahu,
Resah juga bila kau tahu,
Ada mentari ku genggam di jari.
No comments:
Post a Comment