Saturday, March 3, 2012

HATI GELISAH HAMPIR KECEWA

Ku renung bulan mekar mengembang,
Dipagari bintang…
Bintang berkelip terang.

Indah namun ku rasa sedikit hampa,
Gelisah di hati ingin ku luah,
Adakah kau di sana juga rasa apa ku rasa…
Ku rasa bunga kembang semekar,
Di taman ini sambil ku berjalan,
Tenang hati merenung pasrah,
Jatuh hati di alam mesra,
Indah…
Sungguh indah bila ada yang turut merasa.

Ya engkau,
Bila nanti bertemu semula,
Datang padaku tegurlah dahulu,
Engkau tahu aku pemalu,
Daun semalu tunduk membisu.

Kerana pernah aku impikan,
Seperti…
Menggenggam erat tanganmu sayang,
Adalah mimpi terindah bagiku,
Yang tak mungkin jadi realiti,
Hati gelisah hampir kecewa…
Tapi kau masih ku miliki.

Kata lelaki kepada gadis-gadis misteri,
Itu mimpi, realiti nanti pasti terjadi…

No comments:

Post a Comment