Saturday, March 3, 2012

CANTIK DAN MENAWAN

CANTIK DAN MENAWAN

Kau berjalan di dewan itu,
Kau tahu di situ ada ratu,
Ratu permaisuri hatimu,
Selendang biru kau jejaki bila melangkah ke pintu itu...

Kau juga tahu,
Walau beribu wajah yang cantik dan menawan,
Kita akui,
Sebagai lelaki,
Semua wanita itu cantik dan menawan...

Cantik dan menawan belum tentu jadi milikmu,
Kerana,
Setiap yang tercipta itu ada tujuannya,
Setiap jalan yang kau lalui telah direncanakan melebihi yang kau tahu...
Tiada siapa yang tahu.

Tak perlu kau cari yang cantik dan menawan.
Tak perlu aku tegaskan.

Kerana walau hanya satu saat,
Saat bila kamu dipertemukan,
Itulah saat yang menentukan segala hidupmu,
Mungkin itulah hidup dan matimu,
Sebaik mungkin itulah hidup dan matimu...

Jodoh.
Walau hanya kerana kicap yang tertumpah,
Walau hanya kerana pin rambut yang tercicir,
Walau hanya terklik ‘add friend’...
Walau hanya kerana lima puluh sen,
Walau hanya kerana kemalangan misteri,
Kalau ditakdirkan,
Kamu tidak akan ke mana...

No comments:

Post a Comment