Saturday, March 3, 2012

PESONAMU MEMUKAU

Berpegang tangan kita melintas jalan,
Mata berpandang tak lepas dipandang,
Kereta lalu pun jadi hairan,
Terpukau mereka dengan keintiman kita.

Dulu mulanya wajah senyuman,
Mata cantik menawan hatiku,
Kini hati dari hati ke hati,
Segala kurang jadi sampingan,
Dan sayang…
Terhenti kita di hadapan kaca,
Melihat indah sepasang jam tangan,
Satu untukmu dan satu untukku,
Itu pun sayang kalau aku mampu.


Kedai mewah aku tak biasa,
Apatah lagi intan berlian…

Ku tahu hatimu hati wanita,
Cincin itu mungkin kau mahu,
Dengar sayang,
Aku tidak mampu…
Seindah mana semahal jutawan,
Tiada setanding matamu sayang.

Bukan kerana harta impian,
Nilai berlian beribu-ribuan,
Indah berlian diapit berlian,
Tidak seindah wajahmu sayang,
Terserlah sehingga aku terigau,
Seperti cinta pandang pertama…
Pesonamu memukau pandanganku.

No comments:

Post a Comment