Tuesday, March 20, 2012

HARUMAN DARI SYURGA

Di hatimu aku tahu,
Kau tak tahu apa ada dalam hatiku,
Yang kau tahu…
Hanya yang perlu ku beritahu,
Kau di hatiku,
Walau bencimu sentiasa ada untukku,
Maafkan aku,
Kau haruman yang ku intai,
Senyummu bisa buat aku berdarah,
Marahmu buat diriku…
Berduka.


Tidak ku mahu ia jadi begini,
Kasih sayangmu aku petik sekuntum,
Aku serah kepada yang lain,
Maafkan aku…
Maafkan aku,
Selagi berpijak aku di bumi,
Kasih setiamu selalu ku hargai,
Hingga udara tak selamat lagi,
Bila air tidak boleh diminum lagi,
Seperti tanah tunggu dihimpit,
Jadi petroleum yang semakin perlu,
Segala kata boleh ku kata,
Segala indah ku boleh beri,
Tolong maafkan aku,
Hulurkan sedikit,
Haruman itu..
Haruman dari syurga.

Biar kita rasa nikmat bercinta,
Pandangan mata jadi cantik istimewa,
Kau gadisku,
Kau ilhamku,
Kau ratuku,
Kau musuhku…
Kau temanku,
Kau hari dalam hidupku,
Kau benci aku,
Aku cinta,
Aku cinta padamu.

No comments:

Post a Comment