Saturday, March 3, 2012

PELANGI HANYA SEMENTARA

PELANGI HANYA SEMENTARA

Dekat ku lihat tapi jauh terasa,
Kerana hangat rindu padanya,
Hujan menitis di tingkap rumahku,
Ada sinar tujuh warna pelangi.

Ungu wanita penuh keanggunan,
Indigo buat hati segagah sang vigo,
Biru ada aku untukmu,
Hijau cemburu tanda hati telah sayang,
Kuning seperti raja sedang berperang,
Jingga janji sehidup semati…
Merah rasa rindu mendidih darah.

Segala rasa sudah ku rasa,
Dan aku tahu hanya sementara,
Bila masa bersapa ungu,
Aku anggun melangkah denganmu.
Bila hijau rapat berbisik,
Aku cemburu kau perlu tahu.
Bila merah sepanas dunia,
Rindu…
Aku rindu seperti semalam.

Sementara,
Pelangi hanya sementara,
Indahnya mungkin seketika,
Tiada siapa kekal selamanya,
Genggam erat rasa yang kita rasa,
Selagi masih ada…
Si pelangi di depan rumah.

No comments:

Post a Comment