Kepada;
Gadis dua suku kata.
Sebelum kau melangkah pergi,
Kau perlu tahu,
Bukan ini yang kita mahu,
Tapi kesilapan telah berlaku,
Kau semacam tak tahan lagi,
Aku pasrah…
Ku relakan kau pergi.
Pernahkah aku menyatakan janji…
Jika pernah,
Maafkan aku kerana tidak dapat ku tunaikan.
Pernahkah aku mengatakan cinta…
Jika pernah,
Itu tulus dari hatiku untuk hatimu.
Pernahkah aku pohon kemaafan…
Jika pernah,
Terima kasih kerana memaafkan aku.
Pernahkah aku terkasar bahasa dan tingkahlaku,
Jika pernah,
Itu aku seadanya.
Ku rindu saat itu sayang…
Mulut muncungmu bila merajuk,
Jeling manjamu bila mahu tapi tak mahu.
Pernahkah aku sentuh tubuhmu…
Jika pernah,
Maafkan aku tapi itu atas kerelaan masing-masing,
Kenapa tidak kau tampar aku…
Ku relakan kau pergi sayangku,
Kini kau temanku,
Pergilah dalam damai di hati,
Ku doakan kau beroleh lebih bahagia,
Bila tidak bersamaku lagi.
Aku…
Kau tak perlu peduli lagi,
Aku akan jaga diri dan terus bermadah.
No comments:
Post a Comment