JALAN KE HATIMU
Petang ini aku merayau,
Di jalan pekan sambil meriangkan mata,
Panas cuaca tidak ku rasa,
Kerana fikiran jadi kacau bilau,
Sambil berjalan ku susun helaian ini,
Agar kemas dan bersedia ku failkan.
Mata ke kiri mata ke kanan,
Aku mahu melintas jalan,
Terhenti…
Pelik tapi benar,
Adakah ini silap pegawai…
Atau sepatutnya terpahat begitu.
Buat hati tertanya-tanya,
Malu pula aku bertanya,
Ke mana arah jalan ke hatimu,
Adakah seperti tanda itu…
Tak tahu arah mana dituju.
Tentu lama engkau menunggu,
Semalam sudah kita mengaku,
Sayang antara kau dan aku,
Tapi kini aku pening sungguh,
Seluruh haluan ada yang tak kena,
Mahu juga ku pilih yang pintas,
Tapi katamu,
Bawang…
Kalau begitu jalan ke hatimu,
Ku cari bawang di pasar malam,
Sampai nanti ku harap belum menjelma malam,
Seperti rindu bila kau menghiris bawang,
Airmata antara dua kenangan.
Petang ini aku merayau,
Di jalan pekan sambil meriangkan mata,
Panas cuaca tidak ku rasa,
Kerana fikiran jadi kacau bilau,
Sambil berjalan ku susun helaian ini,
Agar kemas dan bersedia ku failkan.
Mata ke kiri mata ke kanan,
Aku mahu melintas jalan,
Terhenti…
Pelik tapi benar,
Adakah ini silap pegawai…
Atau sepatutnya terpahat begitu.
Buat hati tertanya-tanya,
Malu pula aku bertanya,
Ke mana arah jalan ke hatimu,
Adakah seperti tanda itu…
Tak tahu arah mana dituju.
Tentu lama engkau menunggu,
Semalam sudah kita mengaku,
Sayang antara kau dan aku,
Tapi kini aku pening sungguh,
Seluruh haluan ada yang tak kena,
Mahu juga ku pilih yang pintas,
Tapi katamu,
Bawang…
Kalau begitu jalan ke hatimu,
Ku cari bawang di pasar malam,
Sampai nanti ku harap belum menjelma malam,
Seperti rindu bila kau menghiris bawang,
Airmata antara dua kenangan.
No comments:
Post a Comment