Tugas perlu diselesaikan,
Tanggungjawab kepada nusa dan bangsa.
Bunyi sangat menggerunkan,
Penuh dengan beban rasanya,
Tidak kau tahu beban di dadaku,
Untuk bertemu gadis yang berwajah ibu sejati.
Belum lagi,
Aku jalan dengan dirimu,
Belum lagi,
Aku duduk bual gurau denganmu,
Belum lagi,
Belum lagi…
Terbayang aku saat-saat itu,
Semua itu ada dalam fikiranku,
Tak tahu rasa belai kasihmu,
Sebagai teman sebagai kekasih,
Dari mata telah turun ke hati aku perhati,
Terasa ada belaian manja,
Buat aku…
Aku damba belainya.
Mungkinkah selembut sutera bajumu,
Atau sekasar kotak-kotak itu,
Tak pernah tapi dapat ku rasa,
Kerana hidup kita sudah lama,
Pengetahuan dan pengalaman memberitahu.
Jumpa lagi,
Jangan kau tolak diriku,
Kerana rindu yang berhari-hari.
No comments:
Post a Comment