PASRAH
Tidak ku peduli makna asli berkamus,
Ini makna setulus jiwa seluruh ragaku,
Terungkap jitu melebihi lestari…
Bermula hidup terbina satu persatu,
Bersama dirimu yang aku sanjung,
Di kala terang mula menyala,
Ada yang tersesat pertengahan jalan,
Menyesatkan aku,
Kerana bisikan roh kejahilan.
Pasrah,
Telah ku cuba berjalan ke kiri,
Tiga hari tiga malam…
Telah ku cuba berlari ke kanan,
Tiga hari tiga malam…
Telah ku cuba merangkak ke depan,
Terasa hampir dan hancur seumur hidupku.
Hari keempat puluh sembilan,
Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi,
Aku menyerah hidup nyawaku di tangan yang Esa,
Aku menyeru ambillah nyawaku,
Biar aku duduk di sampingMu…
Setakat pasrah berkamus,
Aku serahkan SELURUH hidupku ini…
Bukan aku lagi yang akan menentukan,
Hanya takdir yang menunggu di perjalanan…
Suratan yang lebih dahulu tersurat untukku,
Hanya aku perlu memahami,
Pasrah tersirat sambil mendongak aku ke langit.
Aku lepaskan sambil membiarkan...
No comments:
Post a Comment