Tangan kiri ku genggam,
Tak mahu.
Tangan kanan ku genggam,
Ya aku mahu.
Keliru…
Yang mana satu akan terbuku,
Yang mana satu akan terbuka.
Gelisah penuh dengan tanda tanya,
Oh seram sangat terasa di dada,
Sudikah engkau menjadi isteriku,
Soalan maut seumur hidupku.
Wajahku tidak secomel Aaron Aziz,
Mataku tidak sesepet Park Ji Sung,
Bibirku tidak semanis madu,
Hatiku lebur oleh senyummu.
Sudikah dia menjadi isteriku…
Ku letak simbolik di atas batu,
Satu untuk setuju dan satu untuk tunggu dulu.
Tinggi setinggi gunung Kinabalu,
Dalam sedalam telah ku fikirkan,
Aku mahu.
Kini ku tunggu engkau kata mahu.
No comments:
Post a Comment