SECAWAN KOPI SATU SET NASI AYAM
Masa untuk menulis karangan,
Dengan berjalan ke tempat makan,
Tak perlu pegang tangan,
Hanya perlu beri senyuman.
Mari teman ikutlah aku,
Kita ke sana,
Restoran mewah…
Ku pilih duduk berdepan,
Tapi kau tolak mahu di sampingku,
Ku hairan tidak seperti yang lain,
Seboleh mungkin duduk berdepan dengan meja sang raja.
Itu kamu,
Sukanya aku duduk begitu,
Tak perlu malu,
Senang kau cubit dan tolak bahuku,
Disemai dengan gurau yang mesra,
Hampir terlupa kita di restoran mewah.
Psstt… kata aku,
Ibuku sedang menjeling manja,
Turut tersipu melihat ramahmu,
Mungkin dia tahu,
Aku pilih kamu.
Harum sayang serbuk kopi itu,
Nasi digoreng ayam dibakar,
Cecah dengan sambal belacan,
Istimewa rasa di dapur kampungan,
Mungkin tak seindah restoran bandaran,
Tapi di sini segalanya bermula,
Jika dapur ini tidak berbunyi,
Kau dan aku mungkin tidak pernah bertemu.
Datang ibu,
Menghidang secawan kopi dan satu set nasi ayam.
Secawan sahaja,
Kita kongsi bersama.
Terima kasih ibu... sambil kenyit mata.
Masa untuk menulis karangan,
Dengan berjalan ke tempat makan,
Tak perlu pegang tangan,
Hanya perlu beri senyuman.
Mari teman ikutlah aku,
Kita ke sana,
Restoran mewah…
Ku pilih duduk berdepan,
Tapi kau tolak mahu di sampingku,
Ku hairan tidak seperti yang lain,
Seboleh mungkin duduk berdepan dengan meja sang raja.
Itu kamu,
Sukanya aku duduk begitu,
Tak perlu malu,
Senang kau cubit dan tolak bahuku,
Disemai dengan gurau yang mesra,
Hampir terlupa kita di restoran mewah.
Psstt… kata aku,
Ibuku sedang menjeling manja,
Turut tersipu melihat ramahmu,
Mungkin dia tahu,
Aku pilih kamu.
Harum sayang serbuk kopi itu,
Nasi digoreng ayam dibakar,
Cecah dengan sambal belacan,
Istimewa rasa di dapur kampungan,
Mungkin tak seindah restoran bandaran,
Tapi di sini segalanya bermula,
Jika dapur ini tidak berbunyi,
Kau dan aku mungkin tidak pernah bertemu.
Datang ibu,
Menghidang secawan kopi dan satu set nasi ayam.
Secawan sahaja,
Kita kongsi bersama.
Terima kasih ibu... sambil kenyit mata.
No comments:
Post a Comment