Saturday, March 3, 2012

CINTA DRAGONBALL

CINTA DRAGONBALL

Bersalah,
Bukan serba salah...
Aku tahu rasa disakiti,
Kerana aku pernah di situ,
Bukan hendak tegakkan benang,
Tapi sebenarnya aku perlu sokongan.

Lihat perahu terhuyung hayang,
Tanpa nahkoda dia tidak ke mana,
Andai lelayang berputar laju,
Perlu penerbang pintar bertali,
Bila semua jadi tak jadi,
Henti di jeti,
Kau fikirlah sendiri.

Sejati lelaki bukan kerana darah,
Bukan jua kerana pemarah,
Jadi lelaki perlu pemerhati,
Wanita mengerti semua boleh jadi.

Jatuh lelaki sentiasa kembali,
Sangat ku harapkan wanita mengerti...

Tahniah,
Kau selalu mengerti,
Hatiku ini perlu sebati,
Dragonball perlu tujuh bebola api,
Aku perlu,
Hanya juwita di hatiku.

Tak setanding, semarak cinta dragonball.


No comments:

Post a Comment