Entah mengapa
setiap kali aku sedar dari mimpi semalam
hatiku sering mahu memperlahankan waktu
kerana aku tahu hidup ini terlalu cepat berlalu
Mungkin kerana di dalam lipatan mimpi itu
jemarimu masih erat menggenggam jemariku
membisikkan rindu yang paling sunyi
menjadikan malam sebuah perhentian abadi
Biar dunia luar bergegas mengejar waktu
aku cuma mahu rebah di celah dekapanmu
kerana di mata indahmu yang redup itu
masa terhenti dan aku menjumpai syurgaku.
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Monday, August 31, 2026
LARIAN WAKTU DI PERHENTIAN RINDU
Friday, August 21, 2026
BAK RERAMA
45 tahun lalu...
Apa telah berlaku sepanjang waktu itu kuikhlaskan berlalu.
Kepada kisah silam,
terima kasih atas segala pengalaman
dan pengetahuan yang datang tanpa disedari.
Hari ini...
hati mengharapkan bermula esok
setiap langkahku dipenuhi kebijaksanaan
melalui doa restu antara diri dan Tuhan.
Kuatkanlah hati yang pernah luka
insafkanlah hati dengan rasa syukur terdalam kerana nikmat gembira yang tak terduga pernah hadir
bagaikan bunga mekar wangi umpama haruman syurga.
Aku kini tidak lagi mahu mendahulukan diri
biarlah ahli keluargaku bersama dalam mengharungi langkah hari yang masih panjang.
🦋🦋🦋...bak rerama.
Friday, June 19, 2026
TERIMA KASIH
Angin membuai sekelopak bunga
cantik
warnanya
pekat merahnya
takkan bunga memilih tak berbunga
kerana tumbuhnya harus mekar
sesegar
seindah embun pagi
jiwa yang bertandang sebelum
terang benderang
cukup memahami
bagaimana rasanya damai
di sanubari
bagaimana rasanya berterima kasih
atas ketenangan yang dianugerahkan.