Dunia,
Semakin diam bila malam mula menjelma,
Saat ini hatiku bahagia,
Dapat ku renung sekuntum bunga,
Lebih dekat,
Tidak seperti tadi.
Berbagai perkara bermain di minda,
Tapi kini ku tumpu satu,
Bunga…
Lumrah wanita suka pada bunga,
Ini kerana wanita itu istimewa,
Lembut terasa,
Namun sangat cekal dari yang lelaki sangka,
Bila wanita jadi wanita,
Seluruh alam akan mengerti,
Dia perlu diberi ruang.
Sekuntum bunga mungkin dibiarkan,
Sehalaman bunga jadi perhatian,
Jika kau rasa hati si dia,
Sekuntum itu sangat dan terlalu indah,
Terlalu indah…
Bukan lihat tapi diam renung bertumpu,
Akan kau rasa aura sejati,
Wanita mithali insan yang abadi.
Esok hari jika aku masih mampu berdiri,
Akan ku cari sekuntum bunga ungu,
Akan ku cumbu dan hadiahkan,
Kepadanya…
No comments:
Post a Comment