Bergegas aku pergi membuat kopi,
Bila lampu sudah menyala,
Harum masin pisang goreng ini,
Sambil mengatur ilham yang sedang memaksa aku,
Untuk mengatakan puisi tentang sahabat.
Sahabat…
Pernah katakan,
Jangan berjanji ketika gembira,
Jangan mencipta keputusan ketika kau marah.
Sahabat…
Apabila mengetahui banyak perkara,
Dan semestinya,
Ada yang baik dan tidak baik,
Tentang aku…
Namun begitu,
Sahabat tidak pernah tinggalkan aku,
Kerana itu erti sahabat yang mengerti.
Jalan hidup di dunia ini,
Perlu juga aku seorang kekasih...
Namun kekasih kadang tidak mengerti,
Banyak perkara disalah erti,
Ku luah ini dia pula faham begini.
Ku pilih kasih ku intai sahabat,
Kini aku mengerti…
Kekasih yang juga sahabat membuat hidup bererti,
Siapa sangka si dia itu yang dimaksudkan…
Tetapi sukar,
Untuk kita temu si dia,
Kekasih lari bila kita terlalu menyayangi.
Aku tidak perlu sahabat,
Hanya perlu suatu persahabatan.
Siapa mengerti?
No comments:
Post a Comment