Senapang ku berus kilat menawan,
Ku bungkus dalam guni sembunyi,
Ku lihat kiri dan kanan,
Tiada orang,
Aku menuju ke hutan.
Daki gunung setinggi hatiku,
Agar menembak seekor rusa,
Payau kata orang sini,
Jauh sayang,
Tapi demi cinta padamu sayang,
Ku teruskan perjuangan,
Kerana kau mengidam.
Sejam berjalan,
Aku tiba di destinasi perawan,
Berdiam sendiri,
Sambil mententeramkan jiwa,
Yang pernah kecewa,
Kerana terlepas sang rusa berlompatan.
Bannnngggggg!!!!!
Telah ku ancam sekumpulan pahlawan,
Tumbang seekor hatiku terasa gagah,
Kini ku fikir bagaimana dibawa balik,
Berat newton terpaksa ku kuatkan daya.
Nah…
Malam ini kau buat sup tulang,
Ekornya nanti jangan dibuang,
Bilang orang bikin kuat sayang,
Kau suka,
Aku lagi suka.
No comments:
Post a Comment