Saturday, March 3, 2012

HUJAN RIMBA MENGHIJAU

Berdentum guruh dari semalam,
Ku rasakan jantungku bergoncang amarah,
Tidak ku marah semua jadi basah,
Malah hatiku rasa sungguh gembira,
Penat lelah aku berjalan,
Tak tahu berapa jauh tak tahu seberapa lama lagi.

Kadang dunia terlupa henti,
Bila asyik dilamun kehidupan...

Di bawah rimbunan aku berhenti,
Kerana rintikannya tidak ku terlawan,
Segala alam turut menyeru,
Kami mahu engkau berhenti,
Kami mahu engkau berteduh.

Sang bayu bukan lagi bayu,
Sudah jadi taufan kelabu...
Sang suria tidak lagi bersuria,
Sudah hilang ditutupi misteri...
Sang tanah tidak lagi bertanah,
Sudah jadi pelekit di kaki...
Semua jadi lelaki.

Sambil ku menunggu hujan berhenti,
Nyaman sungguh mata memandang,
Hembusan nafas terasa sangat segar,
Ditawan wanita,
Hujan rimba menghijau...

No comments:

Post a Comment