Saturday, March 3, 2012

MASIHKAH ADA SINAR

MASIHKAH ADA SINAR

Turun ke padang ku tenangkan fikiran,
Cerita dunia bagai tidak berhujung,
Teman ada membantu,
Tapi kini aku mahu sendiri.

Ku berjalan,
Langkah demi langkah,
Langkah kalah aku relakan,
Dan ku duduk di sebalik lalang menghijau,
Nafas berhembus segar sedikit tubuhku.

Ku lalui hari-hari yang ku kira tak aman,
Hati kecil selalu bertanya...
Setelah semua ini selesai,
Masihkah ada sinar...
Masihkah ada sinar......
Masihkah ada sinar.........

Tiba-tiba,
Hatiku sedar dari lamunan ini,
Ya masih ada.
Selagi kehangatan nafas terus berada,
Sinar itu sentiasa ada...
Ku buka mata minda segalanya,
Seluas pandangan di padang ini,
Seterik sinar sang mentari senja,
Aku berazam mula hidup yang baharu.

No comments:

Post a Comment