Jika engkau menjadi bulan,
Biarkan aku jadi bintangmu,
Bila nanti kau jadi lautan,
Aku renang laut dalammu,
Angin bertiup tidak ku sedar,
Ku jadi pohon berbuai gemilang.
Api menyala membakar lalang,
Biarlah aku jadi sinarnya,
Kepanasan sejati,
Telah bermula sinopsis cerita,
Hak milik kita bersama…
Bila berbunyi guruh di langit,
Berkilau petir bersambaran cahaya,
Buat dunia dalam kerisauan,
Kerana kita,
Hidup mati berjuang.
Bermacam igauan di siang ini,
Aku merenung fotomu sayang,
Aduh berdebar hati kecil ini,
Mahu bercumbu hingga tertutup mata,
Rasa cinta mengalir deras,
Seluruh uratku jadi pengurat,
Bersiulan diri,
Wajah penuh erti,
Ku mahu dekat rapat denganmu,
Sedekat yang kita mampu.
Sementara belum kita termampu,
Hanya mampu ku renung,
Dari jauh,
Dengan harapan segala kejadian,
Bercelaru…
Bermadu…
Berbisa…
Tenungan pencinta boleh cair dunia.
No comments:
Post a Comment