Saturday, March 3, 2012

SIRATAN TEAM MALAYSIA

SIRATAN TEAM MALAYSIA

Bermula langkah ke pulau digeruni,
Lintas di fikiran apa akan jadi,
Namun ku teguh dengan senyuman,
Tanpa bicara aku terus melangkah.

Ada masa senyumku kaku,
Ku palingkan wajah penuh waja,
Siapa tahu dalam hatiku,
Tapi ku buktikan suatu nanti,
Pernah ku bermula,
Akan terus ku melangkah,
Menuju matlamat visi sanubari,
Untuk ku jadikan teladan misteri...

Tercorak nama di sekitar manusia,
Bukan aku,
Ya bukan aku...

Aku hanya penentu hala,
Aku jua mahu juara,
Tapi aku bukan aku,
Jika aku tiada kamu...

Mari raihkan kemenangan sejati,
Jatuh tergelincir itu pasti ku ingati,
Saat ku bangun ku harap ada kamu,
Jangan kau hina jangan kau hilang arah,
Capai tanganku,
Capai...
Mari kita teruskan siratan.

Siratan Team Malaysia...
Yang seiring dengan suratan takdir.

No comments:

Post a Comment