Ku selak kembali buku puisi lama,
Terlihat memori gambar senja di tepian pantai,
Gambar itu sepantas kilat,
Terkenang aku hari perpisahan,
Bila ku kata melalui tema…
“TERBENAM CAHAYA JINGGA”
Ini mungkin yang terakhir,
Walau cinta akan terus bercerita.
Tidak tahu bermula mana tapi terbenam cahaya jingga...
Terakhir ku kata,
Hidup bermula dalam tangisan,
Berakhir dengan senyuman yang tabah,
Tabah jika kita bersedia,
Turutan itu akan ku junjung dalam hati waspada.
Dalam drama kisah akhir gembira,
Kisah ini aku pengarangnya,
Indah bukan untuk kita,
Tapi indah untuk yang sepatutnya...
Ayu,
Ingatkah engkau dari saat pertama...
Saat kedua...
Dan saat penghujungnya...
Walau segarang singa bila ia tiada,
Jika igauan mimpi jadi luar biasa,
Jika ombak mega sanggup kita redah,
Andai langit tinggi terasa di telapak tangan,
Tiada ertinya...
Jika benang tidak tersimpul mati.
Tunaikan seperti yang aku tunaikan,
Menghala engkau ke laluan sana,
Biar ku menghala ke laluan ini,
Hati akan ingat padamu,
Apabila,
Terbenam cahaya jingga,
Semua berhenti di sini,
Kehidupan baru akan bermula...
Seperti burung meniti di surut ini.
Jangan menangis sayang...
Kuatkan hati.
Hari ini,
Berteman dengan cahaya senja lagi,
Sambil menunggu air pasang surut kembali,
Kerana,
Telah ku pasang pukat untuk mencari rezeki,
Buat lauk anak-anakku nanti…
Sambil menunggu,
Sedar aku dari sang cahaya itu,
Luka dahulu tidak terasa lagi,
Kerana lagi,
Kerana ada sinar cahaya,
Sinar senja berganti sinar terbit mentari,
Cahaya cinta pengganti luka…
Pagi ini aku senyum kembali. ^_^
No comments:
Post a Comment