Saturday, March 3, 2012

ANTARA SELURUH BINTANG

ANTARA SELURUH BINTANG

Sukar dicapai segenggam impian,
Bintang yang jauh mereka kata bersinar,
Ada rahsia yang ingin ku selongkar,
Antara rahsia yang tak pernah disangka,
Tak salah kau tertanya…
Telah ku duga mata berpena,
Ada antara seluruh bintang,
Bintang yang kau pijak sentiasa istimewa.

Bumi…
Ku cerita satu petua bila hati gundah gulana,
Tutup mata.
Ya tutup matamu sehalus rasa,
Mari hayati keindahan dunia,
Bila angkasa kau jadi pemerhati.

Lihat sayang,
Hidup manusia berbagai acara,
Fokus pada dirimu sana,
Kenapa dia sedang kecewa…
Tidakkah dia mahu jadi gembira,
Seperti mereka di sebelah sana,
Riang tawa tari sepuas bicara.

Dalam tawa pasti ada yang berduka,
Namun itu tak perlu kau bawa,
Ingatlah…
Hidup di dunia pasti sementara,
Mari bersumpah,
Teruskan sisa masa,
Cari teman kongsi ketawa,
Buanglah duka melangkaui angkasa.

Bukankah bumi juga bintang…
Ada di sana yang sedang berbicara tentang kita.


No comments:

Post a Comment