SENTUH HATIKU
Hanya ku perlu satu impian,
Yang lain aku kata harapan,
Cita-cita,
Semua hendak kita penuhi,
Hati manusia,
Tidak pernah rasa puas.
Dalam perjalanan ke pekan lama,
Pudar warna dinding tak bermaya,
Masuk ke dalam,
Debu berterbangan,
Setebal inci buat ku sesak nafas.
Selerak jualan tiada tersusun,
Hati rimas semacam mahu meletus,
Lihat harga bukan kepalang,
Mahal seringgit…
Alasan berbagai alasan.
Sentuh hatiku…
Perlu keadaan diatur semula,
Dengan hadir seorang putera,
Itu hajat puteri.
Hadir puteri idaman lelaki.
Berjuta insan hidup di sini,
Beratus melintas hanya pandangan,
Nanti hadir suara merisik,
Dalam hati,
Kau sentuhlah hatiku,
Sekadar senyum kucing pun senyum,
Sekadar tegur burung bersiul,
Main mata tiada selesa,
Sentuh hatiku,
Ku sedia bermesra denganmu…
Jari si kecil lahir sehari,
Lihat manja tersentuh hatiku,
Ku mahu,
Rasa semacam itu,
Bukan rasa kau kecewakan hatiku.
No comments:
Post a Comment