FINALLY, YOU AND I
Malam ini aku mengerti,
Setelah lama aku berjalan,
Erti perpisahan buat sementara waktu.
Sayu hati pernah rindu dirimu berlalu,
Mata berpisah dari pandangan,
Semakin jauh semakin kebas di dada,
Rasa seperti tak mahu pergi,
Tidak berdaya ku cekalkan diri.
Berulangkali akan begini,
Episod kisah cerita kita,
Cari masa…
Akan ku pintas laluan itu,
Dengan deruan ribut putaran roda empatku.
Kali ini sekadar pertemuan,
Datang lagi akan ku mekarkan daun putih penawar,
Sedikit demi sedikit,
Sehingga benih cinta kembang berseri,
Sehingga tiada pengganti lagi,
When finally, you and I will always be…
I want to give you the love from deep inside my heart,
Let me come again,
And please let me in,
Softly into yours.
I want you to feel my soul that is saying…
Aku rindu…..
No comments:
Post a Comment