Saturday, March 3, 2012

JAUH VS DEKAT

JAUH VS DEKAT

Nyata benar beza jauh dan dekat,
Ini ku rasa tak ku tahu apa yang kau ingat,
Selangkah jauh dari dirimu,
Buat hati terbenam rasa,
Berat bagai sepikul tembikai,
Menghimpit dada yang sedang bahagia.

Bunga…
Bila jauh indah dipandang,
Bual cerita tanpa noktah,
Terasa buku setebal rindu,
Rindu serindu-rindunya…
Bila jauh hati teringat,
Senyum manis sipu semalu,
Ada niat tapi tak sampai,
Aku malu tapi mahu.

Jauh,
Sudah puas ku susun sauh,
Bila dekat ku tak terpandang lagi,
Mata jadi kabur-kabur,
Cerita penuh kisah dahulu,
Buku ku letak walau tebal lebih sekaki,
Ku perlu dan hanya perlu,
Renung mata…
Dengar suaramu,
Rasa kehadiranmu,
Kau dekat denganku…
Sangat dekat,
Sehingga kata tak berfungsi lagi,
Hanya mahu merasa jasadmu,
Yang dahulu jauh,
Kini…
Kita boleh bersentuh.

No comments:

Post a Comment