Sekuntum bunga tidak membantu,
Ku harap sejambak namun masih begitu,
Kau datang perlahan dalam hidupku,
Ruang hatiku terasa mekar,
Kerana bunga seluas mata memandang.
Indah sungguh…
Bila ku ingin harum yang segar,
Sebut namamu hatiku tenang,
Bila ku ingin mata memandang,
Lihat wajahmu buatku perawan,
Berbunga indah,
Ruang hati telah kau isi...
Tidak ku pinta janji manismu,
Hanya ku perlu cinta dan kasihmu,
Ku tenang,
Sangat tenang…
Jauh di sana gunung yang aman,
Bagai impian yang mahu ku capai,
Jika tidak niat tercapai,
Ku tenang,
Kerana ku tahu di sampingku ada engkau.
Apa lagi yang ku perlu…
Bunga harum tepian sungai,
Segar dan nyaman udara sekitar,
Di sana villa taman berkasih asmara,
Dekat hutan,
Jauh dari kekalutan alam.
No comments:
Post a Comment