Saturday, March 3, 2012

KATAKAN AMIN

KATAKAN AMIN

Ruang hidup penuh berisi,
Ku tahu itu sekadar perlu,
Jika tiada masih boleh aku bertahan,
Lain rasa tiada kasih,
Hidup seperti burung terbang melayang,
Tercari momentum hidup bagai sehari sahaja.

Ku berdoa dan dalam doa aku bertanya,
Kenapa pula aku berdoa…
Kiranya takdir ditentukan sebegini,
Lebih baik ku lena masuk ke alam mimpi,
Dan…
Berbisik dalam nurani kata pengerti,
Berdoalah sayang,
Mungkin terkabul doamu di garisan takdir,
Tiap yang berlaku ada pengakhirnya.

Telah lahir istilah di hati,
Mula dan akhir bukan penilai,
Antaranya itu yang mahal…
Itu jadi perhitungan.

Taburlah kasih sebelum dikasihi,
Doa kekasih sepertimu jua,
Pasti nanti kasih bertemu kasih,
Bila kau sedar…
Kasih telah berbalas kasih.
Katakan amin di akhir doamu,
Kerana keyakinan pada si Dia,
Semua yang berlaku mengikut kehendakNya.

No comments:

Post a Comment