Saturday, March 3, 2012

TINGGAL DI DALAMMU

TINGGAL DI DALAMMU

Andai ku berikan kau permata,
Bersinar bagai bulan purnama,
Penyeri hidupmu selagi ku bernyawa,
Ratu impianku kembali.

 
Andai ku pilih yang di sana,
Di sini apa pula katanya,
Sakit hati puncanya sendiri,
Diri kita yang merana…
Andai suatu hari aku tersekat di pasir ini,
Kering dan surut bagai tak bernyawa lagi,
Ingatlah perjalanan hidup yang kita tempuh,
Kita bersama mencari ilmu.

Aku telah kau tinggalkan,
Atau kau telah aku tinggalkan,
Keliru kini kerana belum tahu,
Ada sesuatu yang perlu kita tahu,
Ada yang tertinggal di dalam situ,
Ada kebenaran cinta kita yang dahulu,
Ku harap mekar sekarang dan selalu,
Ada sayang ya, ada sayu…
Tinggal di dalammu jua tinggal di dalamku…

Kau termenung sambil aku merenung,
Kau milikku...
Walau hanya seketika waktu.

No comments:

Post a Comment