Saturday, March 3, 2012

TANGISKU BUKAN UNTUKMU

Nyata petikan kata,
Dari lagu ombak rindu untuk cinta salju,
Dengarkan sayang…

“…malam kau bawalah rinduku,
Untuk dirinya yang jauh dariku,
Agar dia tidak kesepian,
Selalu rasa ada cinta agung…

…Hujan bawa air mataku,
Yang mengalir membasuh lukaku,
Agar dia tahu ku tersiksa,
Tanpa cinta dia di hatiku…”




Menangis aku,
Jatuh menitis setelah bergenang di kelopak itu,
Ku tahan di hati,
Tapi pernahkah kau rasa ianya mahu jua melimpah…
Ya pernah, pernah ku lihat suatu saat itu.

Maafkan aku bukan kerana dirimu,
Tangisku bukan untukmu jua…
Airmata ini ku kesalkan sambil ku kesat,
Kerana keadaan yang tak patut berlaku telah terjadi.

Kenapa ini perlu kita lalui,
Kenapa…
Ada Tuhan sengaja memberi kita kepedihan,
Untuk apa…
Untuk apa…
Aku menangis kerana diriku,
Kerana tak mampu berjuang lagi.

No comments:

Post a Comment