Terbang ke sana dengan gayat jatuh ke bawah.
Mudah berkata kasih dan sayang,
Rindu tidak dapat aku nafikan,
Menggapai cinta awan biru,
Seperti merbuk bersayap putih,
Putih berseri masa depan bersamamu.
Kalau sejati sehidup semati,
Kalau hati sudah jatuh hati,
Ku harapkan hanya satu di hati,
Agar engkau hidup bersamaku,
Kita rancang satu persatu…
Impian untuk menggapai cinta awan biru.
Maaf sayang aku terlanjur,
Mengatakan setia kepada dirimu,
Tidak ku ikat janji seperti begitu,
Kerana belum masanya lagi,
Dekat sayang dekat padaku,
Jangan kau bersedih lagi,
Jika kau sedih aku turut menangis…
Tahan hati cekalkan diri,
Moga tamat cinta ini dengan ikrar di hari perkahwinan.
No comments:
Post a Comment