Saturday, March 3, 2012

TENDER CINTA

TENDER CINTA

Perkasa berlabuh di pagi subuh,
Setelah bermusim meronda bumi,
Perlahan dengan kuasa selautan,
Terus berlalu tidak pernah kaku.

Atas terumbu kau tunggu di situ,
Aku dan kekasihku sedang minum madu,
Ditempah dari kedai sebelah situ,
Manis rasa semanis kedutmu…
Dahulu…
Ku menang tender atas dasar beribu,
Bukan dinilai dari mata wang ringgit,
Tapi ku hentak seratus tahun,
Pejam mata,
Semoga cukup jadi pencetus rindu.

Satu cinta diintai beribu,
Tidakkah engkau rasa saingan itu,
Kenapa kau pilih aku,
Kenapa kau pilih aku…
Kau jawab sekali lagi,
Kerana kau tender seratus tahun,
Janji setia seratus tahun.

Namun,
Kini tahun yang ketiga puluh,
Ada tujuh abad lamanya lagi.
Mampukah diri teruskan janji…
Tak tahu,
Sambil senyum ku dekat padamu,
Cium dahimu tanda ku sayang kamu.
Minum sayang…
Masa berlayar sudah hampir tiba.

No comments:

Post a Comment