Saturday, March 3, 2012

SEANDAINYA KAU TAHU

SEANDAINYA KAU TAHU

Sering kita berkata melalui hati,
Hari ini ku kata melalui bunga ini,
Kuning arah istimewa,
Kau hadir membawa cahaya,
Hadirmu memeriahkan suasana.

Istimewa…
Itu yang mampuku katakan mengenaimu,
Tak perlu lagi ku kata sayang,
Tak perlu lagi bercinta-cinta,
Bosan,
Aku dah bosan.

Hilang arah ke arah tani,
Duduk termenung seperti menunggu gunung,
Tak tahu datang tidak ke bulan,
Pernah kawah berlabuh di bumi,
Ku perlu sentakan untuk membangunkan hidupku,
Satu aura yang berimpak tinggi.

Aku mahu kamu.
Hanya kamu,
Pada ketika ini…
Seandainya kau tahu,
Mindaku berseri kerana dirimu,
Tingkahlakumu yang buat aku gila,
Separuh hidup aku mahu tersenyum,
Gila sendiri bila ingat senyummu,
Gila-gila aku tak segila cintaku padamu.

Lagu-lagu cinta ku mainkan untukmu,
Puisi bernada indah,
Ku gubah untukmu…
Seandainya kau tahu…
Seandainya kau tahu,
Ada apa dalam hatiku.


No comments:

Post a Comment