Saturday, March 3, 2012

KERETA, DUIT DAN PEPERANGAN

KERETA, DUIT DAN PEPERANGAN

Ego manusia tinggi tak terkata,
Itu mahu dan ini mahu,
Ikut hati kau rasa sendiri.

Bunyi hangat ekzos pelumba,
Menang nanti duit menanti,
Tidakkah kamu pernah mengerti,
Ada lagi yang lebih perlu dihayati,
Di atas tanah yang bulat ini.

Lihatlah…
Berlari anak kecil di jalan peperangan,
Kerana siapa…
Kerana keegoan manusia.
Tidak mahu mengalah,
Asyik menegakkan benang yang mungkin basah,
Mungkin.

Hati terharu jika anak sendiri,
Anak orang kenapa tidak dipeduli…
Ibubapa kamu tembak mati,
Anak itu di mana mahu mengadu.

Kejam.
Sungguh kejam dunia yang begitu,
Kalau aku jadi nombor satu,
Akan ku tentang habis-habisan,
Biar jatuh ke tanah egoistik,
Rakyat yang baik sentiasa menyokongku.

Kereta, duit akan hilang kerana peperangan,
Yang tinggal hanya empati terhadap yang punya nilai murni.

No comments:

Post a Comment