Saturday, March 3, 2012

SESAAT BERPUTIK CINTA

SESAAT BERPUTIK CINTA

Duduk termenung ku di ruang tamu,
Kaki dipangku di atas bangku,
Menunggu kalau masa berlalu laju,
Dalam hati berdetik bicara rindu.

Sunyi waktu di kala subuh,
Ku petik gitar dan mula berlagu,
Lagu cinta itu lagu duniawi,
Lagu syurga ku sangat hayati,
Buat hati,
Sayu sedar akan anugerah Tuhan.

Sekali lagi aku berhenti,
Melihat sekarang depan belakang,
Ruang berdinding yang semakin usang,
Tidak ku peduli jika hidup denganmu,
Kini dunia,
Berarah padamu,
Segala aura ku sampaikan padamu,
Menerusi madah sang punya rasa,
Walau hanya…
Sesaat berputik cinta,
Ku sempurnakan dengan petikan lagu syahdu,
Bersama kopi dan sekuntum bunga.

No comments:

Post a Comment