RINDU CINTAKU
Seteguk kopi aku salurkan ke dalam tubuhku,
Sambil lepak di kerusi old town café,
Aku memerhati,
Seorang artis duduk di sudut itu,
Pegang buku warna kuning begitu.
Rindu cintaku…
Tersenyum aku membaca tajukmu,
Buat hati mahu cipta sesuatu,
Biasalah,
Puisi indah buat hidup kamu turut indah,
Cinta…
Bukankah sekata itu boleh buat hidup kita…
Bahagia…
Kecewa…
Tanya sahaja orang yang lalu,
Ketawa terkeluh hati rindu berpeluh-peluh.
Macam-macam cerita,
Akan terhibur hati pendengar,
Kerana terimbas memori sendiri.
Cinta terus bercerita,
Tak tahu mulanya juga tak tahu akhirnya.
Gerbang terbang melayang…
Burung boleh terhenti terbang.
No comments:
Post a Comment