Saturday, March 3, 2012

MENANTIMU DI SINI

Jika perlu kau pergi,
Pergilah…
Sejauh mana hendak kau tuju,
Ke mana pun aku tak halang.

Semoga itu kau bahagia,
Kerana sayang ku lepaskan,
Walau kau tidak lagi kembali.

Hendak ku katakan,
Padamu…
Aku ada di sini,
Menantimu di sini.
Kau mungkin tak mendengar,
Kerana kau tidak ku beritahu,
Hanya aku yang tahu,
Hatiku,
Di hatiku menantimu setiap hari.

Aku berjanji…
Bila kau hadir di sini,
Penunggumu masih ada.

Berat sebenarnya bila melepaskanmu,
Tapi ini suatu peluang,
Untuk kita tahu sedalam mana cinta ini,
Ku harapkan lebih dari yang kita jangka,
Lebih dari luarbiasa...
Sememangnya bukan cinta biasa.

No comments:

Post a Comment